Mengenai Aku

Mohammad Hafizi merupakan seorang graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dari Universiti Teknologi Malaysia Skudai. Pernah menjadi Pensyarah bagi kursus Diploma Teknologi Maklumat di Institut Teknologi Komuniti. Beliau mula menceburi bidang perniagaan secara separuh masa semasa bekerja di sebuah syarikat IT. Beliau kemudian bertekad berhenti kerja dan membuka syarikat sendiri yang dinamakan sebagai Megacom Services. Syarikat ini membekalkan barangan dan kelengkapan komputer ke badan-badan kerajaan. Beliau juga membuka sebuah syarikat yang dinamakan Kekabu Collection. Syarikat ini menjual aksesori bilik tidur berasaskan kekabu. Perniagaan ini dijalankan secara runcit dan dibantu oleh isterinya dalam pengurusan syarikat. Bagi merealisasikan hasrat beliau untuk menceburi perniagaan internet, beliau telah menubuhkan sebuah lagi syarikat yang dinamakan Dream Empayar Enterprise. Syarikat ini hanya menjurus kepada perniagaan-perniagaan MLM(network marketing) secara online.

Nama Penuh : Mohammad Hafizi b Mohd Radzi
Asal : Klang, Selangor
Status : Berkahwin
Anak : 3 orang
Pendidikan : (1991 – 1996)Sek Men Methodist A.C.S Klang(1997-2005)Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor
Adik Beradik : Anak Pertama dari 4 adik beradik
Hobi : Membaca dan Bermain gitar
Laman Blog : http://mohdhafizi.com
Laman Web : My Mvie Life

Saya memulakan karier sebagai Internet Marketer dalam bidang industri MLM pada tahun 2006. Bermula pada tahun 2006, saya mula membabitkan diri dalam dunia perniagaan internet secara serius. Saya pernah mendapat beribu-ribu ringgit hasil dari jualan produk video tutorial. Bagi memantapkan ilmu tentang dunia perniagaan internet ini, say tanpa jemu menimba ilmu dari usahawan-usahawan internet dan juga pakar MLM tempatan dan juga antarabangsa. Dengan ilmu yang diperolehi, beliau berhasrat ingin berkongsi dengan para usahawan yang ingin menceburi bidang ini.

Blog ini dilahirkan kepada individu yang mahu mengenali dan menceburkan diri dalam dunia MLM. Blog ini juga dihasilkan bagi ahli baru yang memerlukan panduan bagaimana hendak berjaya dalam MLM. Dengan adanya blog ini mudah-mudahan dapat mempertajamkan lagi pengetahuan tentang MLM dan juga panduan serta azimat untuk kejayaan.

Walaupun panduan yang dihasilkan dalam blog ini tidak seberapa, namun diharapkan dapat memberi suluhan cahaya yang terang bagi semua bakal Jutawan MLM.

Sekian.