Kehidupan satu anugerah

Anda tentunya pernah mendengar cerita kanak-kanak yang berjalan didalam tidurnya? Pernahkah anda sendiri mengalaminya? Orang yang berjalan didalam tidur tidak sedar apa yang dilakukannya. Bila ditegur dia tidak menjawab, berjalan dengan mata terpejam, dan terkapai-kapai bila dikejutkan dari lenanya. Mungkin lepas itu, dia akan kembali semula ke katil untuk meneruskan tidurnya.

Begitu juga dengan kehidupan ini. Sesetengah orang masih lagi tidak sedar apa yang dilakukannya dalam kehidupan ini. Mereka seolah-olah sedang tidur sambil berjalan dalam realiti kehidupan yang dilalui. Mereka hanya sedar apabila diberitahu masa untuk pencen dan berhenti kerja sudah tiba. Mereka hanya bersa tua apabila melihat dalam bayangan cermin bahawa pada hakikatnya rambut dikepala sudah beruban. Mereka dikejutkan dengan kedatangan sakit apabila penjagaan kesihatan yang kurang sempurna sewaktu muda. Mereka terkejut apabila waktu maghrib sudah tiba dan ajal mengamit disudut sana. Mereka amat terperanjat apabila masa berlalu begitu pantas tanpa mereka sedari. Mereka sebenarnya telah berjalan didalam tidur sepanjang kehidupan ini. Tidak ada apa yang boleh dibanggakan dengan kehidupan yang telah dilaluinya. Jauh daripada hebat, ia mungkin sesuatu yang memalukan dan penuh penyesalan. Tetapi penyesalan tentunya sudah terlewat dan tidak berguna pada waktu itu.

Elakkan diri anda daripada menjadi orang seperti ini. Jangan biarkan diri anda terumbang ambing. Sedangkan anda mempunyai banyak pilihan dan peluang dalam hidup ini.

Petikan dari buku Anda Berhak Hebat, karya Md. Taib Mat

Advertisement

Jana Pendapatan Sekarang!

No comments yet.

Leave a Comment