Anugerah Dari Kegagalan

Pernahkah kita mengalami kegagalan? Gagal dalam perniagaan, gagal dalam karier, gagal dalam mendapatkan apa yang kita inginkan dan impikan. Kegagalan memang tidak digemari oleh sesiapapun. Semua orang kalu boleh mahu berjaya dalam setiap apapun yang dilakukan. Biasanya apabila gagal, kita akan terus menyalahkan pihak lain, menyalahkan persekitaran, menyalahkan takdir dan ada juga paling berat sekali sehingga ada yang sanggup menyalahkan Tuhan. Ada juga yang menyalahkan diri sendiri sehingga menyebabkan dalam keadaan kekecewaan melampau. Gagal memang mengecewakan. Saya juga tidak terkecuali dalam hal ini. Saya juga kerap berasa kecewa dan sukar menerima kenyataan apabila gagal mendapatkan sesuatu yang saya inginkan. Persoalan ini kerap saya tanya – kenapa? kenapa? dan kenapa? Kenapa aku gagal? Teruk sangatkah aku ini? … dan pelbagai lagi pertanyaan yang menjurus kepada prasangka buruk kepada diri sendiri.

 

Tetapi akhirnya saya mampu belajar sesuatu yang bermakna disebalik kegagalan itu. Saya sedar betapa besarnya hikmah disebalik sebuah kegagalan itu. Kerana dengan gagal saya mengetahui kelemahan diri, bagaimana membetulkan keadaan agar menjadi lebih baik dan dengan gagal saya tahu saya sedang diajar untuk menjadi orang yang berjaya.

Pengasas syarikat komputer gergasi IBM pernah ditanya “Bagaimanakah untuk mencapai kejayaan dengan pantas?” Jawabnya, “Gandakan kegagalan anda dan anda pasti menjumpai kejayaan dengan pantas!”

Saya tahu ramai orang akan menjadi murung kerana gagal, tidak tahu apa yang patut dilakukan dan berasa diri tidak berguna. Saya tidak terkecuali dalam hal ini. Tapi kalu kita fikirkan balik ia tidak membantu apa-apa. Tanyalah kepada sesiapapun yang berada di puncak kejayaan pada hari ini, pasti mereka akan berkata “Saya berjaya kerana saya pernah Gagal”. Pelajaran terbaik kita adalah belajar dari kegagalan. Bukan sebaliknya kita menyalahkan orang lain, menyalahkan takdir dan berserah pada nasib semata. Pelajaran yang saya dapat belajar adalah – kita gagal pada ketika itu kerana kita belum bersedia lagi untuk menggenggam kejayaan. Kita perlu memperbaiki lagi apa kekurangan yang kita ada agar apabila kita berjaya kelak, ia akan menjadi kejayaan yang dapat dibanggakan.

 

Ada seorang wanita berkongsi rahsia kejayaan beliau dalam perniagaan mengatakan “Saya berterima kasih pada kegagalan lalu, kerananya saya berada di tempat ini sekarang. Kalu saya tidak pernah gagal dulu, mungkin hari ini saya hanya orang yang biasa-biasa…”

 

Kesimpulannya.. janganlah takut menghadapi kegagalan, kerana kita tak akan jumpa guru yang terbaik kita. Asalkan kita mahu mengakui kelemahan diri dan berusaha untuk memperbaiki dan mengatasi kegagalan tersebut. Berani Gagal.

 

Advertisement

Jana Pendapatan Sekarang!

One Response to “Anugerah Dari Kegagalan”

  1. May 16, 2011 at 1:15 am #

    Terima kasih kerana memberi motivasi seperti ini. Gagal sebenarnya memberitahu bahawa cara/jalan yang kita pilih sebelum ini bukanlah yang terbaik.

Leave a Comment